Ahad, 9 Januari 2011

PROGRAM TERKINI







* Terbuka kepada ibu bapa, guru, pensyarah ataupun individu yang berminat utk belajar dan mengajar Al-Quran dengan mudah.

BENGKEL TAJWID TEKNIK AL-BAGHDADI

Tarikh     :  4 & 5 Mac 2011
Tempat   :  Dewan Al Baghdadi Training Center Negeri Kedah
Yuran     :  RM 200.00 (termasuk makan pagi, tgh hari, buku tajwid Al-Baghdadi serta sijil penyertaan)


Untuk pendaftaran sila sms <NAMA PENUH> jarak < NAMA KURSUS > dan hantar ke 013-4110585 atau terus hubungi no tersebut untuk maklumat lanjut.

Selasa, 4 Januari 2011

LAGI KURSUS ASAS AL-BAGHDADI!!!

Pada 31 Disember 2010 Al Baghdadi Training Center sekali lagi telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Al-Baghdadi dengan bilangan peserta seramai 22 orang. Peserta yang hadir telah berjaya menguasai Teknik Al-Baghdadi dengan baik.



Para peserta juga sangat terhibur dan gembira dengan pembelajaran Teknik Al-Baghdadi kerana teknik ini berkonsepkan FUN LEARNING. Dalam kursus kali ini peserta juga didedahkan dengan konsep Al Baghdadi Playtime seterusnya diberi panduan secara praktikal dan teori untuk menggunakan set Playtime.




Akhir kata, kami mendoakan agar dengan sedikit ilmu yang dapat kami berkongsi dengan para peserta dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha untuk menyebarkan serta memantapkan pendidikan Al-Quran. Semoga kita terus diberi kekuatan dalam usaha ini dan diberi ganjaran yang selayaknya.Amien.