Khamis, 16 Disember 2010

KURSUS ASAS AL BAGHDADI

   Pada tanggal 27 NOV 2010 Al Baghdadi Training Centre seluruh negeri  telah mengadakan Kursus Asas Al Baghdadi secara percuma sempena pembukaan Al Baghdadi Training Centre (ATC) bagi tujuan mendedahkan keistimewaan mengajar dan belajar Teknik Al Baghdadi.
   Kursus Asas Al Baghdadi diadakan selama 1/2 hari iaitu dari jam 9.00 a.m sehingga 1.00 p.m. Al Baghdadi Training Centre Kedah (ATC KEDAH) telah berjaya menganjurkan kursus percuma ini dengan kehadiran peserta hampir mencecah 70 orang kesemuanya.