APA ITU TEKNIK AL BAGHDADI

PENEKANAN KEPADA ENAM (6) PRINSIP ASAS


Teknik ini amat berkesan dalam membentuk kemahiran asas membaca al-Quran yang memberikan penekanan kepada ENAM (6) PRINSIP ASAS yang perlu dikuasai untuk membaca al-Quran iaitu :-

(1) Keupayaan mengenal dan membaca 29 huruf hijaiyyah dengan baik
(2) Kemampuan membaca tanda baris asas bacaan (fathah, kasrah dandhommah) 
(3) Kemahiran menguasai tanda baris dua bacaan (tanwin) 
(4) Keupayaan mengenal tanda bacaan panjang (mad) 
(5) Kemampuan membaca tanda bacaan mati (sukun) 
(6) Kemahiran menguasai tanda bacaan berganda (sabdu)

Pelbagai teknik pengajaran dan bacaan digunakan bagi memberikan kesan yang lebih baik untuk menguasai asas bacaan al-Quran dalam tempoh yang singkat antaranya adalah Teknik Ketukan, Teknik Bacaan Berirama, Teknik Titian Unta dan Kaedah SAS (Struktur, Analisis dan Sintesis) 

Teknik ini terbukti mampu mendisiplinkan pembaca al-Quran bagi menguasai bacaan dengan lebih fasih dan tertib.

Tiada ulasan: