"Allah SWT menjanjikan tempat istimewa didlm syurga sebagaimana Allah SWT menepatkan para nabi dan rasul AS"
Setelah Allah SWT menimbang air mata orang yg bertaubat dgn darah orang mati syahid,Allah SWT menimbang pula dakwat para ulama yg digunakan utk menulis kitab, dgn darah orang mati syahid. Setelah ditimbang antara dakwat ulama dan darah para syuhada,didapati darah para syuhada lebih berat timbangannya.
kemudian Allah SWT memerintahkan supaya para syuhada itu ke sebelah kanan (ahlul yamin), Allah SWT menyerahkan bendera Ja'farah kpd gol syuhada. (Ja'farah ialah bendera yg terlalu harum dengan haruman zafran, sejenis bauan harum yg diperoleh daripada tumbuhan. Zafran mempunyai intipati wangian yg sangat berharga kerana keharumannya yg luar biasa.)
Bendera Ja'farah yg harum luar biasa itu menjadi lambang kepada kemuliaan org yg mati syahid, kerana darah orang mati syahid itu ketika dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat, dlm keadaan darahnya masih mengalir dan berbau harum.Walaupun mereka mati disisi manusia , mereka dikebumikan dgn pakaian yg masih berlumuran darah, namun pada hakikatnya mereka hidup dgn kehidupan yg mulia di sisi Allah SWT. Allah SWT melarang manusia menganggap mereka sebagai org yg mati, bahkan Allah SWT tetap menyatakan bahawa mereka itu hidup di sisiNYA dgn menerima kurniaan rezeki yg tidak terhingga.
Bendera Ja'farah diserahkan oleh Allah SWT kpd Nabi Yahya AS,seorang nabi daripada kalangan bani Israel yg telah dibunuh oleh kaumnya sendiri. Kaumnya membunuh Nabi Yahya dgn cara yg sangat kejam,iaitu dengan menanamnyake bumi hingga ke paras pinggang,kemudian baginda digergaji dari kepala hingga ke paras pinggang yg menyebabkan tubuh nabi Yahya terbelah dua, sebelah tubuhnya rebah ke kanan dan sebelah ke kiri.
Sebab itulah Allah SWT melarang manusia mengikut cara hidup kaum yg dimurkai Allah itu, umat islam diajar supaya sentiasa memperbaharui tekad didlm solatnya.Setiap rakaat diwajibkan menyebut "Ghairil mahgdubi alaihim". Sekali-kali janganlah orang-orang yg beriman memilih jalan orang yahudi yg dikutuk oleh Allah SWT itu.
Apabila Allah SWT menghimpunkan gol syuhada di sebelah kanan dgn bendera Ja'farah serta berketuakan nabi Yahya AS, dan setelah dilakukan timbangan antara darah syuhada dgn dakwat para ulama yg digunakan untuk menulis kitab, maka para ulama merasa pilu kerana dirinya masih terkebelakang berbanding para syuhada dan juga orang-orang yg mengalirkan air mata kerana bertaubat kpd Allah SWT. Lalu para ulama mengeluh di hadapan Allah, mngapa nasib mereka tidak setaraf dgn para syuhada dan gol 'tauwabin' yg mengalirkan air mata. Sedangkan orang yg mendapat syahid kerana mereka memiliki ilmu pengetahuan yg diperoleh daripada kitab-kitab yg dikarang oleh para ulama.
Apabila mendengar keluhan daripada mereka, Allah SWT berfirman kpd para ulama supaya mereka tidak berdukacita. Allah tidak melupakan jasa2 para ulama yg telah byk mengarang kitab-kitab menjadi obor penerang kpd umat Islam. Allah menjanjikan tempat yg istimewa didlm syurga sebagaimana Allah mnempatkan para nabi dan rasul.
Bagi membuktikan bahawa apa ulama juga dianugerahkan kemuliaan, Allah SWT memerintahkan supaya mereka memberikan syafaat kpd sesiapa sahaja yg mereka pilih.Lalu para ulama memberikan syafaatnya kepada jiran-jiran dan kaum keluarga mereka. Setiap seorang ulama disisinya ada malaikat khas yg tugasnya melaungkan kpd manusia bahawa si pulan ini adalah ulama yg diizinkan Allah untuk memberikan syafaat. Justeru itu mintalah syafaat daripadanya khusus kpd mereka yg pernah menolong dan mendampingi para ulama.
Orang2 yg menolong para ulama sama ada menolong mengatasi kesusahan dari segi keperluan hidupnya,makan minum, pakaian dan tempat penginapan. Atau mereka membantu para ulama mengembangkan dan memperjuangkan agama Allah dimuka bumi. Membatu mengadakan majlis2 kuliah, mengajak orang ramai menghadiri kuliah atau majlis syarahan yg disampaikan para ulama.
lebih2 lg menolong menjayakan hasil karya para ulama hingga terbit kitab mereka. kemudian mengedarkannya kpd orang ramai shingga mnjadi bahan bacaan serta rujukan umat islam di pelbagai peringkat dan tempat dan dibaca oleh para siswa.
Seterusnya menolong agama Allah untuk menjadi obor yg menerangi kehidupan manusia. Mereka itu akan menjadi gol yg berhak menerima syafaat daripada para ulama yg telah diizikan Allah SWT untuk memberi syafaat diakhirat kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan